Terkini

Thursday, November 19, 2020

Pernah dengar mengenai saham 'blue chip'?




Pernah dengar mengenai saham 'blue chip'?

Saham 'blue chip' merupakan syarikat-syarikat besar tersenarai di dalam Bursa Malaysia yang mempunyai reputasi tinggi, terutamanya daripada segi kedudukan kewangan dan kestabilan syarikat.

Istilah 'blue chip' diambil daripada permainan poker, di mana cip berwarna biru adalah cip yang paling mahal. Ya, walaupun harga saham tersebut boleh dikatakan agak mahal, ianya masih digemari dan popular di kalangan pemain saham kerana kekuatannya untuk kekal stabil semasa kegawatan ekonomi dan sesuai bagi pelaburan jangka masa panjang.

PMB Shariah Premier Fund (PMB SPF) adalah dana ekuiti jenis pertumbuhan di bawah pengurusan PMB Investment yang telah memenangi pelbagai anugerah tertinggi berkaitan pelaburan dana unit amanah patuh syariah di Malaysia serta global. Sesuai dengan namanya yang 'Premier', dana ini memberikan fokus dalam saham-saham 'blue chip', iaitu 50 saham patuh syariah terbesar dari segi pasaran modal (pada waktu pembelian) tersenarai dalam Bursa Malaysia. Dengan kata lain, pelabur PMB SPF secara tidak langsung memiliki pelaburan dalam sebahagian saham-saham ini dengan modal rendah.

Untuk melihat sendiri prestasi PMB SPF ketika ini, anda boleh rujuk fakta dana di laman web kami dan PM sahaja mana-mana konsultan kami atau hubungi pejabat jualan PMB Investment berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum melabur.

✅ Untuk melabur dalam dana PMB SPF dan 15 dana-dana patuh Syariah PMB INVESTMENT, sila hubungi:
www.wasap.my/60192348786/PMBinvestment
Sanusi | GAM & Consultant
PMB INVESTMENT | KL


Tuesday, November 17, 2020

Dana mana yang sedang tunjukkan prestasi cemerlang (tengah 'perform')?


Dana mana yang tengah 'perform' ya?

Sebelum menjawab soalan di atas, cuba rujuk kembali posting kami sebelum ini dan muat turun fakta tabung PMB Investment setakat 31 Oktober 2020. Kemudian anda lihat di bahagian 'Performance Record': https://bit.ly/2GS9Pzw

Bagi tempoh setahun setakat 31 Oktober 2020, boleh dikatakan hampir kesemua dana di bawah pengurusan kami berjaya mengatasi prestasi indeks penanda aras. 🙂

Jadi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan indeks penanda aras? Ianya merupakan satu bentuk petunjuk yang diwujudkan bagi memberi gambaran berkenaan prestasi pasaran saham di Malaysia.

Setiap dana mempunyai indeks penanda arasnya sendiri tetapi yang sering digunapakai untuk pelaburan dana ekuiti unit amanah patuh syariah seperti ditawarkan PMB Investment adalah FTSE Bursa Malaysia Emas Shariah (FBMSHA).

Secara ringkasnya, ianya akan menjadi tanda pengukur prestasi dana-dana yang anda pilih untuk melabur. Dana yang berjaya mengatasi prestasi indeks penanda aras memberi gambaran bahawa dana tersebut sedang berada dalam prestasi yang cemerlang atau sekurang-kurangnya lebih baik berbanding pasaran semasa.

Walaupun begitu, perlu diingatkan prestasi lalu dana bukan petunjuk atau gambaran bagi prestasi masa hadapan. Jadi, dana mana yang menjadi pilihan anda?

PM mana-mana konsultan kami untuk maklumat lanjut.

www.wasap.my/0192348786/PMBinvestment
Sanusi | GAM & Consultant
PMB INVESTMENT | KL

Carilah yang halal sahaja

Rasulullah ﷺ bersabda:

"Akan datang bagi manusia suatu zaman dimana orang tidak peduli apakah harta yang diperolehnya halal atau haram."
(Hadis riwayat Imam Bukhari)

Adakah konsultan anda berdaftar?



Tahukah anda?

Jika anda didekati mana-mana konsultan unit amanah yang menawarkan peluang untuk melabur, samaada secara fizikal ataupun melalui media sosial, anda sebenarnya boleh membuat semakan ringkas berkenaan status konsultan tersebut terlebih dahulu.

Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) merupakan satu organisasi yang ditubuhkan pada 1993 dengan nama asalnya Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM) untuk mengawalselia segala aktiviti pemasaran dan pengedaran skim berkaitan dana unit amanah (UTS) dan persaraan swasta (PRS).

Bagi melindungi kepentingan orang ramai dan mengelakkan berlakunya sebarang penipuan, FIMM telah mewujudkan satu laman web bagi menyemak status konsultan yang anda sedang berurusan dengan hanya memasukkan salah satu maklumat berikut;
1. Nama Penuh Konsultan
2. Nombor FIMM (setiap konsultan WAJIB mempunyai nombor pendaftaran FIMM sebelum dibenar memasarkan UTS dan PRS)
3. Nombor IC Konsultan

Selain itu juga, FIMM turut menyediakan satu senarai nama pemegang lesen UTS dan PRS seluruh Malaysia yang dikemaskini dari masa ke semasa serta boleh dimuat turun oleh orang ramai. Untuk mencubanya sendiri, anda boleh layari laman web yang telah di https://www.fimm.com.my/search/.

Kini anda tidak perlu risau lagi. Apa yang penting, semak dahulu sebelum melabur bagi memastikan anda berurusan dengan konsultan dan syarikat yang sah.

Pelaburan patuh Syariah - dana patuh Syariah (Islamic unit trust fund) PMB INVESTMENT



PELABURAN UNIT AMANAH ISLAM (ISLAMIC UNIT TRUST) YANG CEMERLANG DI MALAYSIA 🇲🇾
☆☆☆☆☆
✅ Pelaburan dalam perniagaan-perniagaan yang diputuskan Halal oleh Majlis Pegawasan Syariah SC dan Penasihat Syariah dana.
✅ PMB Investment Berhad berpengalaman 53 tahun dalam mengurus dana-dana patuh Syariah, sejak 1967. Syarikat kumpulan Pelaburan MARA Berhad.
✅ Kini PMB Investment uruskan 16 dana patuh Syariah (tiada dana konvensional).
✅ Pulangan adalah dalam bentuk untung modal (capital gain) dan dividen.
✅ Pelaburan secara Tunai atau Skim Pelaburan Ahli KWSP (Akaun 1).
✅ Untuk pelaburan Tunai, pelabur boleh menambah pelaburan secara auto debit atau on-line transfer.
✅ Pelabur boleh mengeluarkan sebahagian atau semua pelaburan pada bila-bila masa.
✅ Kami akan cadangkan dana-dana Islam yang difikirkan terbaik dari segi prestasi lepas dan prospek keuntungan.
✅ Jumlah pelaburan minimum:
Tunai = RM1,000 (disyorkan)
Skim KWSP = RM1,000
✅ Rekod pulangan lepas yg memuaskan
✅ Potensi pulangan memuaskan utk pelaburan jangka panjang, insya Allah
✅ Pemegang amanah dana: Amanah Raya Berhad
✅ Penasihat Syariah untuk dana: BIMB Securities

📲 WhatsApp: 60192348786
Ahmad Sanusi - Group Agency Manager/ Consultant
PMB Investment Berhad - Kuala Lumpur
[Syarikat pengurusan dana Islam.
Syarikat kumpulan Pelaburan MARA Berhad]

◆ www.pmbinvest.com.my (PMB Investment)
◆ www.unit-amanah-islam.blogspot.my

☆PATUH SYARIAH. AMANAH. CEMERLANG☆

Wednesday, November 11, 2020

Konsep kepelbagaian dalam pelaburan dana unit amanah



"Don't pull all your eggs in one basket"

Pernyataan di atas merupakan istilah paling popular dalam mana-mana bentuk pelaburan. Dari sudut pelaburan dana unit amanah, penyataan di atas memberikan gambaran mengenai konsep 'diversification' atau mempelbagaikan portfolio pelaburan anda dengan 2 objektif utama, iaitu bagi meningkatkan potensi perolehan keuntungan dan mengurangkan risiko kerugian

Antara tips atau cadangan bentuk 'diversification' yang boleh diaplikasikan dalam pelaburan unit amanah anda adalah seperti;

I. Mempelbagaikan pelaburan melalui 2-3 syarikat.

Contohnya anda melabur dalam syarikat A, B dan C. Prestasi dana syarikat A dan B tidak begitu baik, tetapi dana syarikat C berjaya memberikan keuntungan untuk menutup kerugian pelaburan anda di syarikat A dan B. Bayangkan jika ketiga-tiga syarikat memberikan pulangan yang memberangsangkan?

II. Membahagikan peruntukan pelaburan ke dana berbeza objektif.

Katakan anda mempunyai RM1,000, maka anda boleh bahagikan amaun tersebut kepada 2 jenis dana; RM500 ke dalam dana ekuiti yang berisiko tinggi tetapi berpotensi memberi pulangan yang tinggi manakala bakinya ke dalam dana sukuk dan pasaran wang yang lebih rendah risiko dengan pulangan yang rendah tetapi stabil. Dengan ini secara tidak langsung, risiko kerugian berjaya dikurangkan.

III. Mempelbagaikan pelaburan mengikut negara pasaran.

Di Malaysia kini terdapat banyak syarikat pelaburan dana unit amanah menawarkan pelbagai jenis dana yang melabur dalam dana pasaran tempatan serta luar negara. Jika pasaran tempatan tidak begitu stabil, anda berpotensi untuk peroleh faedah daripada dana anda yang melabur dalam pasaran global atau sebaliknya. Disini juga merupakan peluang untuk anda membeli saham-saham terkenal seperti Apple dan Microsoft melalui pelaburan dana unit amanah yang melabur di pasaran global.
-------------------------
Ingin mengetahui berkaitan dana-dana yang ditawarkan PMB Investment? Anda boleh layari laman sesawang kami di www.pmbinvestment.com.my, berkunjung ke mana-mana pejabat jualan kami yang berdekatan atau PM sahaja konsultan bertauliah kami yang aktif di media sosial untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

BIMB SECURITIES adalah Penasihat Syariah (Shariah Advisers) kepada PMB INVESTMENT

PMB INVESTMENT adalah sebuah syarikat pengurusan dana Islam (IFMC) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Untuk memastikan semua pelaburan PMB INVESTMENT patuh Syariah, PMB INVESTMENT telah melantik BIMB SECURITIES sebagai Penasihat Syariah (Syariah Advisers).

Maklumat dan tugas-tugas Penasihat Syariah untuk PMB INVESTMENT adalah seperti dalam poster.

Halalan toyyiban. Halal dan baik.

Untuk melabur dalam 16 dana-dana patuh Syariah PMB INVESTMENT, sila hubungi:
www.wasap.my/60192348786/PMBinvestment
Sanusi | GAM & Consultant
PMB INVESTMENT | KL


Monday, November 9, 2020

Pelabur ini mendapat untung 61.98% dalam tempoh 20 bulan untuk pelaburan dalam PMB Shariah Growth Fund. Alhamdulillah



Prestasi pulangan dana patuh Syariah PMB SHARIAH GROWTH FUND

Kisah Benar (Alhamdulillah)

Fakta pelaburan:

Tarikh mula pelaburan: 13 Mac 2019
Jumlah pelaburan: RM20,000

Tarikh laporan: 9 November 2020
Tempoh: 20 bulan
Nilai semasa: RM32,396.87
Untung: RM12,396.87
Pulangan atas pelaburan (ROI): 61.98%

Jadi pelabur ini mendapat untung 61.98% dalam tempoh 20 bulan untuk pelaburan dalam PMB Shariah Growth Fund. Alhamdulillah.

Kisah benar dan angka sebenar tetapi identiti pelabur dirahsiakan (PDPDA).

*Disclaimer: Prestasi lepas bukan jaminan pulangan masa depan suatu dana unit amanah.

✅ PMB INVESTMENT menguruskan 16 dana patuh Syariah.

Untuk melabur, hubungi saya di www.wasap.my/60192348786/PMBinvestment
Sanusi | GAM & Consultant | PMB INVESTMENT

❇ PMB INVESTMENT, syarikat pengurusan dana Islam (IFMC) berdaftar dengan Securities Commission Malaysia.

❇ PMB: Pelaburan MARA Berhad

Saturday, November 7, 2020

Pelaburan dana-dana patuh Syariah PMB INVESTMENT bebas dari aktiviti perniagaan & pelaburan yang terlibat dengan riba, judi, arak, gharar dan perniagaan barangan & perkhidmatan haram dalam Islam



Pelaburan dana-dana patuh Syariah PMB INVESTMENT bebas dari aktiviti perniagaan dan pelaburan yang terlibat dengan:
i. Riba
ii. Judi
iii. Arak
iv. Gharar
v. Perniagaan barangan & perkhidmatan haram dalam Islam

16 dana patuh Syariah (Islamic unit trust funds).

Halalan toyyiban
www.wasap.my/60192348786/PMBinvestment
Sanusi | GAM & Consultant
PMB INVESTMENT | KL

Hanya yang Halal & Baik

Information request form

Please fill up this form:
https://goo.gl/SVTWxX